LOGO RAJA BUAH PUKUL

LIAN PADUKAN - KING OF BUAH PUKUL.
Simple, Logic, Effective and Practical.


" SENJATA LAPAN, GAYANG LIMA TA' LIAN PADUKAN HILANG DI DUNIA."

http://www.lianpadukan.com/

Tuesday, June 15, 2010

Sumbangan untuk Keluarga Zaini



Salam semua,

Derma kilat atau tabung khairat untuk Zaini dan keluarganya telah berjaya mengumpul sebanyak RM 1050.

Saya dengan pengerusi KL/Sel Cikgu Misai mewakili YM Guru Utama dan Persatuan telah pergi ke rumah Zaini di Selayang dan berjumpa dengan emak Zaini untuk menyampaikan sumbangan tersebut.

Untuk pengetahuan pembaca Zaini yg berumur 18 tahun ini telah mula mernyertai Lian Padukan di Glg Selayang bersama Cikgu Misai semasa dia form 1 lagi. Dalam lebih kurang 30 lebih ( batch) budak-budak sekolah pada masa itu hanya tinggal 3 orang sahaja hari ini yang masih setia dan belajar LP. Selain Zaini, ialah Muiz dan Fauzi.
Zaini, Fauzi dan Muiz ini juga yang bantu saya di glg Gombak setiap khamis semasa saya mula2 buka gelanggang di dewan Gombak setia. Allahyarham ayah Zaini lah yang menghantar dan menjemput balik Zaini dan rakan2 beliau tiap2 khamis dari gelanggang Gombak.

Saya bagi pihak Yang Mulia Hj Muhammed Hasyim Bin Hj Salleh, Yang Di Pertua / Guru Utama Persatuan Seni Silat Lian Padukan dan Lian Padukan MArtial Arts Academy mengucapkan terima kasih atas sumbangan ikhlas semua gelanggang - gelanggang Lian Padukan di seluruh Malaysia, Cikgu2, ahli2 dan rakan dalam derma ini. Terima kasih juga pada rakan saya dari Fighting For Lives Charity di Finland atas derma peribadi beliau.

Harapan, Yang Mulia Guru Utama supaya usaha baik ini akan di teruskan untuk menjaga kepentingan ahli-ahli pada masa akan datang. Kita sentiasa perihatin pada kebajikan ahli-ahli Lian Padukan. Beliau juga cadangkan supaya akan datang Persatuan / Academy cuba usahakan untuk mengadakan insuran untuk ahli-ahli.

Sekali lagi terimakasih semua yang terlibat.


Setiausaha
Persatuan Seni Silat Lian Padukan Malaysia

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.