LOGO RAJA BUAH PUKUL

LIAN PADUKAN - KING OF BUAH PUKUL.
Simple, Logic, Effective and Practical.


" SENJATA LAPAN, GAYANG LIMA TA' LIAN PADUKAN HILANG DI DUNIA."

http://www.lianpadukan.com/

Friday, June 18, 2010

Lawatan Kebajikan







Salam semua,

Alhamdulliah hari ini dapat berehat dan duduk di ofis. Kadang2 kesibukan dan stress kerja buat kita menyimpang sedikit pemikiran. Dan selagi kerja tak habis pun tak syok nak nak masuk Fb atau posting dalam blog mahupun call orang-orang yang di sayangi... Hahaha....:-)

2 minggu kebelakangan ini saya agak sibuk dengan urusan kerja dan kedatangan rakan2 dari Switzerland, Amerika dan Finland. Hanya yang dari Finland ini sahaja datang atas dasar kawan beladiri. We met through the internet.

Ini adalah lawatan kali kedua, Dr Parvez datang ke Malaysia. Selain datang untuk menghadiri symposium kerja beliau, agenda utama ialah untuk kerja amal bersama rumah-rumah anak yatim di Malaysia. Beliau adalah founder kepada www.fightingforlives.org ( charity )yang mana beliau mengadakan kursus dan program untuk mengutip dana untuk di salurkan kepada rumah-rumah anak yatim. Salah satu negara yang dalam program beliau adalah Malaysia. Selain Parvez, martial artist dari beberapa negara lain juga membantu beliau untuk mengisi dana tersebut.

Kali ini beliau telah pergi ke 6 buah rumah anak yatim, 2 di Perak ( Kampar dan Ipoh), 1 di Shah Alam, 1 di Kelang, 2 di Gombak. Banyak yang saya belajar dari lawatan2 ini dan ia membuka minda dan mata saya dalam kehidupan anak2 yatim ini. Terimkasih juga saya ucapkan atas Yang Mulia Guru Utama Hj Mohammed Hasyim bin Hj Salleh atas nasihat, bimbingan dan sokongan beliau untuk menjayakan program rumah anak-anak yatim ini dengan Lian Padukan MArtial Arts Academy.

Pada hari terakhir beliau, Parvez minta izin untuk turut sekali bersama dalam latihan kelas Lian Padukan di studio Gombak. InsyaAllah bulan depan akan ada lagi seorang kawan baru ( martial artist ) dari Jepun untuk program yang sama juga.

Tak lupa juga pada cikgu-cikgu Lian Padukan KL/Sel/JB/Phg/Mel atas sokongan dan sumbangan saudara-saudara dalam program ini.

Giant

2 comments:

  1. salam usaha yang murni pasti dapat balasan yang baik di sisinya amin..kami warga lianpadukan induk (jb) mengucapkan SYABAS & TAHNIAH atas usaha cikgu syam

    ReplyDelete
  2. Salam kpd Cikgu Sham.Syabas & Tahniah saya ucapkan diatas usaha murni ini.Usaha kebajikan ini patut diperluaskan ke seluruh cabang/cawangan LP di seluruh negara & dunia.Saya percaya bantuan kebajikan kita walau sekecil hama dapat meringankan kesusahan orang lain yang amat memerlukan.Insyallah Allah bersama kita & diperluaskan pintu kekayaan..Amin

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.