LOGO RAJA BUAH PUKUL

LIAN PADUKAN - KING OF BUAH PUKUL.
Simple, Logic, Effective and Practical.


" SENJATA LAPAN, GAYANG LIMA TA' LIAN PADUKAN HILANG DI DUNIA."

http://www.lianpadukan.com/

Monday, August 8, 2011

Al-Fatihah - Guru Tua Buah Pukul Endau - Pak Andak Wahab

Salam,

Berita kematian Allahyarham Pak Andak Wahab ( Abdul Wahab Bin Awang ) pada hari Sabtu, 6 August 2011, jam 11.52am di Rompin, ini dapat daripada ayahanda saya Dr Haji Mohammed Hasyim dan Guru Dr Din Misai. Keduanya pernah berguru dengan Allahyarham. Saya terkejut dan sedih atas pemergian beliau tetapi bersyukur kerana dengan izinNYA saya berkesempatan berjumpa dengan salah seorang Guru Tua Buah Pukul yang hebat. Beliau mengajar Permainan Buah Pukul version Endau. Saya masih ingat lagi perjumpaan pertama dan juga terakhir saya bersama-sama ayahanda semasa mengunjungi Allahyarham di rumahnya pada 26 April 2011, jam 3.49 pm ( gambar ini diambil ). Beliau berumur 82 tahun. Saya amat berterimakasih pada ayahanda kerana sudi memperkenalkan saya kepada salah seorang guru buah pukul beliau yang bermain versi Endau. Allahyarham Pak Andak ialah adik kepada bekas Mufti Johor ke 10 iaitu Allahyarham Dato'Haji Ahmad Bin Awang. Allahyarham Dato' Haji Ahmad ini juga adalah insan yang memberikan nama 'Lian Padukan' kepada Persatuan.

Gambar yang di bawah ialah ruang tamu yang sedang di perbaiki. Allahyarham sudi untuk keluar dan sambut kami di ruang tersebut. Badannya tegap lagi cuma disebabkan matanya yang kurang nampak memperlahankan pergerakkannya. Ayahanda mulakan perbualan dengan Allahyarham. Pada mulanya beliau tidak ingat, maklumlah lama tak jumpa, akhirnya Allahyarham Pak Andak menyebut nama 'Yak Daging' atau Razak Daging dan kemudian menyebut nama Ayahanda 'Hasyim'. Razak Daging atau nama sebenarnya Razak Sharif  ( gelaran Razak Yahudi ) bersama-sama Ayahanda Dr.Haji Mohammed Hasyim telah berguru dengan Allahyarham Pak Andak pada tahun 1983-84 ( beliau masih ingat tahunnya ). Tersenyum saya melihat kecerian dari airmuka Allahyarham. Allahyarham ini sepupu kepada Allahyarham Pak Mat Kedidi dan kata beliau lagi Allahyarham Pak Mat Kedidi dan Pak Atan Air Batu pernah belajar dengan beliau.

Maka rancaklah perbualan kami.

Allahyarham bercakap perkara, petua dan sejarah yang sama, sama seperti yang disampaikan oleh Ayahanda kepada saya. Ini menunjukkan bahawa Ayahanda mengajar dan menyampaikan perkara yang benar dan betul kepada kami semua. Macam saya 'counter check List' balik kata2 Allahyarham. Saya tersenyum sahaja saya mendengar penjelasan dan penerangan Allahyarham Pak Andak. Untuk pengetahuan pembaca, ini untuk menafikan fitnah2 orang-orang tertentu terhadap Ayahanda dan Allahyarham Pak Andak suatu ketika dulu.

Banyak lagi perkara2 yang beliau kongsi tapi cukuplah untuk perkongsian kali ini. yang lain akan dikeluarkan bila keaadan memerlukan. :-)
Yang BESTnya, Allahyarham Pak Andak ajak saya berdiri untuk menunjukkan skilnya dan mengajar saya. Beliau juga akhinya menunjukkan aksi tari Buah Pukul version beliau kepada kami. Dalam keadaan yang tak berapa sihat, beliau terpanggil untuk menunjukkan kepada saya. Orang Buah pukul ini saya tengok rata-rata kalau cakap tak cukup, dia punya 'Gian' dan 'stim' tu akan datang..nak main. Antara kelebihan Allahyarham ialah musuh yang bertentang mata dengan beliau akan kaku. Sebab itulah Allahyarham selalunya tak bertumbuk tapi lebih memukul...( dah musuh tak gerak..dia pukul ).

Untuk pengetahuan semua, Allahyarkam Pak Andak ini telah menang 3 kali berturut2 dalam kategori Tari Silat. Belaiu satu-satunya yang bukan dari aliran silat dan menang KejuaaranTari Silat di Terengganu dengan menggunakan Tari Buah Pukul ciptaannya. Ayahanda kata, memang cantik Tari beliau dan memang juri-juri pun takut dengan Allahyarham hehehe.....

Yang Jelas saya masih ingat pesanan beliau ialah 'Berkat' Guru. Tak guna kalau belajar bertahun-tahun tapi tak berkat. Blessing guru tak ada. Saya datang bersama ayahanda ini ialah untuk ambil berkat guru tua Allahyarham Pak Andak Wahab, cucu kepada Allahyarham Pak Teh Mohamed Yassin Bin Kubong ( pewaris Nukil ). Rasalah sendiri tangan guru itu.


Semasa, kami bergerak untuk pulang ke kereta, Allahyarham turut mengikuti menghantar kami hingga ke kereta. Pada masa itulah, Ayahanda membisikkan sesuatu pada Allahyarham lantas beliau panggil saya keluar kereta. Rupa-rupanya beliau hendak ijazahkan saya kuncian pasung Buaya. Allahyarham sendiri buat kuncian itu pada saya. Memang hebat saya lihat semangat dan keikhlasan beliau  dalam usia begitu. Saya berjanji akan datang semula tapi nampaknya, jodoh saya setakat itu sahaja.

Kunjungan saya ke rumah beliau ialah untuk melengkapkan tesis PhD saya yang bertajuk " LIAN PADUKAN - RAJA BUAH PUKUL". Alhamdulillah Allahyarham setuju dengan kajian tesis dan pendapat saya. Kajian saya ini ialah hasil idea dan kesimpulan saya sendiri setelah mempelajari dan mengkaji permainan Buah Pukul - Lian Padukan di samping pengalaman berjumpa dengan guru-guru tua Buah Pukul. Alhamdulillah rezeki saya. Di sebabkan Ayahanda Dr.Haji Mohammed Hasyim ini berpeluang untuk belajar dan berguru dengan guru-guru Buah Pukul ( sila lihat nukil ) ini suatu masa dahulu, saya berpendapat harus saya kumpulkan cerita, pengalaman dan sejarah Guru-guru tua ini untuk generasi-generasi akan datang.


sekian. AL-FATIHAH.