LOGO RAJA BUAH PUKUL

LIAN PADUKAN - KING OF BUAH PUKUL.
Simple, Logic, Effective and Practical.


" SENJATA LAPAN, GAYANG LIMA TA' LIAN PADUKAN HILANG DI DUNIA."

http://www.lianpadukan.com/

Wednesday, December 23, 2009

Majlis Adat Melangir Senjata Lian Padukan

Salam, Jumaat - 18 December 2009 / 1 Muharam

Seperti tahun-tahun yang sebelum ini, setiap kali datangnya bulan Muharam ini akan dilangsungkan upacara majlis adat melangir senjata. Dengan kata lain, adat melangir ini merujuk kepada penjagaan senjata.

Rombongan dari Kuala Lumpur melibatkan 2 kereta seraimai 7 orang - Saya, Cikgu Azhar, Cikgu Faizal, Zain, Azli, Mior, Ahmad. Cikgu-cikgu lain tak dapat hadir sekali kerana urusan kerja, majlis perkhawinan, perjumpaan keluarga, maklum lah cuti sekolah. Untuk ahli-ahli pulak untuk mereka yang berminat sahaja. Kami bertolak dalam pukul 10 pagi dari kelana jaya ( berkumpul ). Perjalanan di lebuhraya agak perlahan terutamanya selepas Nilai hingga ke Senawang. Banyak kenderaan di atas jalan dan tempat rehat R&R juga sesak dengan kenderaan berhenti. kami berhenti di Seremban untuk sarapan. Perjalanan di terukan hingga sampai di Johor Jaya, Plentong lebih kurang jam 2.30 petang

Majlis di mulakan dengan sembahyang magrib berjemaah dengan ayahanda guru Hj Hashim. Cikgu Dato' Azmi dari Pahang datang dengan 2 anak muridnya, Cikgu Din Gondrong bersama family dan cikgu-cikgu Lp yang baru khatam tahun ni. Kemudian disusuli dengan bacaan surah yasin dan tahlil untuk arwah guru-guru. Semua yang hadir di jamu selepas itu. Cikgu Azmi telah menghadiahkan tikar2 baru untuk majlis ini.

Pada masa yang sama, pedang adat Lian Padukan, pedang2, sundang, parang, tombak, keris-keris, tekpi dan kerambit di keluarkan untuk memulakan upcara melangir. Pedang Adat Lian Padukan di basuh dahulu diikuti dengan pedang, keris2 dan tekpi lama, dan diikuti dengan senjata yang lain. Senjata2 direndam dahulu dalam air dan digosok. Selepas itu ia dikeringkan pula dengan melalukan senjata pada bara keminyan yang telah di hidupkan terlebih dahulu. Proses yang di lakukan satu persatu. Semau cikgu2 berpeluang untuk sama2 terlibat dalam melangirkan senjata ini. Masa yang ada selepas mengeringkan senjata, ada ahli-ahli yang minta ayahanda guru untuk mandi limau. Satu persatu mereka di mandikan.

Majlis kali ini juga istimewa kerana ada 2 ahli baru khatam ( saudara Mior dan Ahmad ). Mereka ini adalah murid kepada Cikgu Azhar dari gelanggang Kelang. Tahniah saya ucapkan pada Cikgu Azhar atas kejayaan beliau. Cikgu Azhar diberikan perhormatan oleh ayahanda guru Hj Hashim untuk melangir anak muridnya sendiri. Di sebabbkan adat melangir ini berjalan sepanjang malam, makanan juga berjalan juga ( habis ). Isteri cikgu Din Gondrong, Kak Jun turut sama membantu Kak Pi ( isteri ayahanda ) mengoreng mee ( kali kedua ) untuk mereka-mereka ( terlibat melangir pedang ) yang belum sempat makan.

Majlis berakhir lewat, hampir menjelang waktu subuh. Kami berangkat pulang pada esoknya, Sabtu selepas makan tengahari bersama ayahanda.

Tuesday, December 8, 2009

Gelanggang Baru di Bandar Purta, Bertam, Seberang Perai, PP

Salam,

minggu yang lepas ni saya telah dihubungi oleh kawan lama di Bertam. Dia memang belajar Lian Padukan dengan saya selama setahun lebih. walaupun lama tapi dia masih di peringkat jurus dan lian 1. ini disebabkan kesibukan masing2 dan 'timing' tak betul. dia juga antara beberapa ahli LP Pulau Pinang lain yang masih bersama.

Kami cuma menumpang di luar dewan badminton untuk adakan kelas selama ini. dan waktu kelas pun tak menentu. bila saya ade kerja di Penang baru akan ada kelas. Jadi kesian juga ahli2 di penang. kadang2 timimg antara saya dan mereka pun tak kena, ade yg keje syif pada masa tu dan lain2 lagi sebab. Tapi alhamdulliah group penang yg ada ni walaupun sedikit tapi mereka masih lagi minat dan menyokong LP.

So bila kawan saya ni offer untuk adakan gelanggang di Bandar Putra, Bertam, saya pun seronok. malam tu saya ajak ahli2 lain dan survey dewan tu. dewan baru siap dan boleh menampung sekurang2 nya dlm 20 orang.

dengan ahli2 lama yang sedia ada bolehlah bantu saya dalam mengedalikan kelas. kita merancang untuk adakan setiap sabtu malam minggu bermula tahun depan 2010

InsyaAllah saya akan update nanti bila kelas bermula.