LOGO RAJA BUAH PUKUL

LIAN PADUKAN - KING OF BUAH PUKUL.
Simple, Logic, Effective and Practical.


" SENJATA LAPAN, GAYANG LIMA TA' LIAN PADUKAN HILANG DI DUNIA."

http://www.lianpadukan.com/

Wednesday, July 15, 2009

Majlis Khatam Lian Padukan 11 Julai 09


















Tamat sudah majlis Khatam Istiadat Lian Padukan di rumah adat LP di Taman Johor Jaya. Sungguh meriah dan seronok sekali majlis khatam kali ini. Ramai yang komen dan beri pandangan bahawa Khatam kali ini yang paling meriah dan 'happening'...

( For my English speaking friends, 'khatam' is known also as "Graduation" in this context. Normally held every 3-4 years. After gone through all the syllbus students are selected to be khatam. For this occasion a total of 14 students will endure the final test / ritual of khatam. Guru Utama Lian Padukan is Guru Hashim ( wearing gold color 'malay tradisional costume'). I am in blue besides him. The other two are Guru Pak Raja Ali ( Silat Gayang Lima ) and Guru Pok Yee ( Silat Gerak Lian ) all are from the 'Buah Pukul' lineage. see Top photo )

Seramai 14 orang yang khatam, 10 dari johor dan 4 dari KL. Peserta termuda ialah saudara Azam Abdullah dari kl ( 19 tahun ) dan peserta wanita tunggal ialah Pn Nuraini Abdullah.

Rombongan dari KL / selangor adalah seramai 30 orang. Trip kali ini kami menggunakan kereta masing2. Kami konvoi bersama2. Alhamdulliah Hotel yg kami menginap juga memberi pakej yg murah dan sangat dekat dgn rumah Guru Hashim.

majlis berjalan lancar pada kedua2 hari. cuma hujan renyai2 di awal pembukaan majlis tapi sekejap sahaja. Kata pak Yusof yg membaca doa pd majlis itu, ini adalah hujan rahmat. Majilis dirasmikan oleh Penghulu Mukim Plenton - En Khairun Nizam ( beliau mewakili YB Halim - ADUN Putriwangsa. Tetamu yang hadir adalah pak Raja Ali ( Guru Utama Gayang Lima ), Pok Yee ( guru utama Silat Gerak Lian, Pahang ), En Mohamed Salleh Hassan -Silat Peradin Cimande, Pengerusi PESAKA Johor ( Hj Hashim Harun ), Timbalan YDP Lian Padukan - Tuan Hj Mohamed Salleh.

Persembahan dari wakil2 Gerak Lian, Peradin Cimande, peserta2 khatam dan Cikgu2 senior LP. Bukan senang nak bawa berjumpa cikgu-cikgu dari aliran buah pukul ini. Ini adalah kali pertama Majlis Khatam Lian Padukan kami menjemput guru2 dari airan yang berbeza. Akan datang kami akan menjemput lebih ramai lagi. InsyaAllah atas usaha bersama2 Guru2 ini Lian (aliran buah pukul)akan bersatu.

Tuesday, July 7, 2009

youtube video from Finland

Hi Guys,

see this link. My friend compiled and sent it to me.

http://www.youtube.com/watch?v=HthvUu5CtIs

Regards,
Sam