LOGO RAJA BUAH PUKUL

LIAN PADUKAN - KING OF BUAH PUKUL.
Simple, Logic, Effective and Practical.


" SENJATA LAPAN, GAYANG LIMA TA' LIAN PADUKAN HILANG DI DUNIA."

http://www.lianpadukan.com/

Thursday, May 20, 2010

LAPORAN POLIS DAN LIAN PADUKAN



Salam,

Saya tulis ini dengan niat ikhlas, tulis dengan benar. Kebanyakan Semua peristiwa2 kecil dan besar yang berlaku selepas 2004, saya, Hishamudin Aziz ada bersama ayahanda. kalau saudara2 pembaca yang tidak pasti boleh rujuk pada saya. kalau peristiwa2 sebelum juga boleh saya bercerita, tapi kita sama2 rujuk fakta. ( kalau pembaca dengar dari mulut Arwah, saya pula dengar dari mulut Ayahanda sendiri ).

Selama ini kalau saudara pembaca dengar dari mulut orang dan dengar pula versi cerita dari saya pula. KECUALI LAH saudara ini tidak mahu mencari KEBENARAN.

Setelah saya berbincang bersama rakan2 akhirnya saya membuat satu laporan polis mengenai pencerobohan laman2 blog dan web Lian Padukan yang terang-terang memfitnah, memburuk-burukan ayahanda Hj Hasyim dan Persatuan Seni Silat Lian Padukan tercinta.

ENOUGH IS ENOUGH lah..

Dengan laporan ini saya mahu semua fitnah2 dan hinaan pada Guru Utama Lian Padukan dan Persatuan kami di hentikan segera.

Saya di berikan nasihat dan sokongan dari Inspektor Segar, untuk terus membuat aduan keatas pihak-pihak yang tidak bertangunjawab ini. Tindakan susulan akan di buat atas mereka ini. Saya juga di benarkan untuk melampirkan salinan report ini dalam blog Lian Padukan Academy. Kita biarkan sahaja polis membuat siasatan ke atas mereka ini.

Saya juga minta semua blog2 dan web2 Lian Padukan menghentikan dari melayan tohmahan-tohmahan ini. Mereka ini tidak akan puas dan sentiasa berusaha bersungguh- sungguh untuk menggangu gugat kita. Tahun2 sebelum ini pun mereka dah berusaha buat tapi tak berhasil. Berkat kesabaran dan keikhlasan kita, insyaAllah, datang apa pun, kita tak gentar. ALLAH SENTIASA BERSAMA ORANG-ORANG YANG BENAR.

Lian Padukan sekarang sudah berada di landasan dan jalan yang betul. Ahli-ahli dan cikgu-cikgu yang tinggal inilah yang akan membawa Lian Padukan terus maju bersama ayahanda tercinta Hj. Mohamed Hasyim B. Hj Salleh. Roda sudah berputar....ke atas.

Tak lama lagi 2 gelanggang baru akan di buat di Subang jaya dan Taman Melati ( studio ), insyaAllah.

Salam

Md Hishamudin Aziz

Saturday, May 8, 2010

AL-FATIHAH

Salam,

Warga LianPadukan Martial Arts Academy mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Pak Mat Kedidi yang telah kembali ke rahmatullah pada pukul 1.05 pagi Sabtu, 8 Mei 2010. Kami doakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam golongan orang yang soleh. - Al Fatihah