LOGO RAJA BUAH PUKUL

LIAN PADUKAN - KING OF BUAH PUKUL.
Simple, Logic, Effective and Practical.


" SENJATA LAPAN, GAYANG LIMA TA' LIAN PADUKAN HILANG DI DUNIA."

http://www.lianpadukan.com/

Thursday, February 11, 2010

PIALA AWANG DAIK

Salam,
Cadangan untuk mengadakan satu -

" PERTANDINGAN SENI SILAT LIAN PADUKAN MALAYSIA " - PIALA AWANG DAIK.

Tempat : Dewan Kebajikan Gombak Setia
Masa : Bulan Disember 2010 ( akan di kemaskini )
Penyertaan : Terbuka kepada ahli-ahli Lian Padukan yang berdaftar
dengan LPMAA dan PSSLPM sahaja.
Kategori : Johan Gelanggang akan bawa pulang piala pusingan PIALA AWANG DAIK
Kategori - Lian individu / kumpulan cantik .
Kategori - Lian persembahan kefahaman buah yang mantap/ cantik.
Kategori - Lian individu kreatif
( terbuka untuk kanak2 dan dewasa. cikgu2 hanya untuk Lian Kreatif sahaja )

Saya minta pendapat dan cadangan dari cikgu2 gelanggang dan ahli2 untuk menjayakan untuk kali pertama secara "official" Pertandingan seumpama ini dalam Silat Lian Padukan. Idea ini memang telah lama disuarakan oleh guru utama dan saya berpendapat tahun 2010 adalah permulaan yang baik.

Saya berpendapat dengan adanya pertandingan ini ia akan membuatkan ahli-ahli untuk lihat ke hadapan ( looking forward and have vision )untuk mencapai sesuatu. Sekarang ada yang belajar LP untuk senaman ataupun minat buah pukul atau nak defend siri sendiri TAPI dengan adanya pertandingan ini mereka akan lebih lagi bersemangat dan lantas mereka akan gigih berlatih, rajin ke gelanggang dan memperkemaskan lagi Lian mereka. Secara langsung juga menggalakan lagi cikgu-cikgu baru yang lain untuk membuka gelanggang sendiri. Mesti best punye......

Sekarang ini Lian Padukan sedang berkembang mekar semula, kitaran roda sudah mula naik ke atas.....yang tersisih sudah kembali bersama, yang masih setia kekal meneruskan perjuangan dan yang bersemangat memperjuangkan Seni Silat Lian Padukan - Hj Mohammed Hasyim Hj Salleh ini adalah insyaAllah yang terbaik.

Mungkin ada yang sangsi, tapi sekurang-kurangnya kita mestilah buat juga, walaupun kecil dan sedikit. Langkah pertama memanglah sukar sedikit tapi kita kena lah laluinya juga. Kita belajar dari masa ke semasa. " EVERY JOURNEY STARTS WITH A SINGLE STEP "( Setiap perjalanan itu dimulai dengan langkah yang satu .

Harap emailkan cadangan saudara ke - lianpadukanacademy@gmail.com

Cikgu Hisham

Wednesday, February 10, 2010

KURSUS TAPAK 100 di LP ACADEMY, KUALA LUMPUR

Salam,

LIAN TAPAK 100 adalah ilham dan ciptaan ( owner dan founder ) dari Hj Mohammed Hasyim Bin Hj Salleh ( Grandmaster of Lian Padukan ). Kursus yang akan di buat pada 27 hb Feb. 2010 adalah siri yang ke-2. Kursus pertama di buat pada tahun Jan 2009. Kali ini akan ada penambahan dalam Lian tersebut mengikut info yang di terima dari Guru Utama.

Kehadiran kali ini juga di jangka akan melebihi kursus tahun lepas. Gabungan untuk pertama kalinya cikgu-cikgu dari Johor akan turun menyokong kursus ini. Untuk Kursus Tapak 100 siri ini juga akan ada tetamu khas di jemput dari Johor Bahru. ( Last call akan saya buat sedikit hari lagi ).....Terimakasih


The 100 Steps of Lianpadukan seminar is open only to "khatam" people or Cikgu.