LOGO RAJA BUAH PUKUL

LIAN PADUKAN - KING OF BUAH PUKUL.
Simple, Logic, Effective and Practical.


" SENJATA LAPAN, GAYANG LIMA TA' LIAN PADUKAN HILANG DI DUNIA."

http://www.lianpadukan.com/

Monday, November 30, 2009

World Fighting For Lives Results

Kindly see the link below for the outcome of the WORLD FIGHTING FOR LIVES Events.
InsyaAllah we will do it again next year

http://www.fightingforlives.org/2009/11/world-fighting-for-lives-weekend-2009_28.html

Total WORLD Collection for the 2-day event on the 14-15 November 2009 was
RM 45,856.00

Allhamdulillah.

Hisham_Giant
LIAN PADUKAN
MALAYSIA

Friday, November 27, 2009

Photographs - Kursus Tekpi dan 1001 Tumbuk


Guru Utama Lian Padukan Hj Mohammad Hasyim Bin Hj. Salleh














Monday, November 16, 2009

KURSUS TEKPI DAN HIKAYAT 1001 TUMBUK LIANPADUKAN

Assalamualaikum ,

Allhamdulillah selesai sudah Kursus Tekpi Lian Padukan dan Hikayat 1001 Tumbuk pada 14-15 Nov yang lepas. Kursus yang diadakan untuk ahli, cikgu2 daN juga untuk umum ini juga di langsungkan serentak di seluruh dunia bersamaan dengan program “World Fighting For Lives Weekend 2009” ( www.fightingforlives.com )Ini adalah program / kursus yang di adakan untuk pertama kali nya bersama-sama penggiat seni beladiri LIAN PADUKAN ( www.lianpadukan.com ) di Malaysia dan martial arts lain di seluruh dunia atas nama KEBAJIKAN ( CHARITY ).

Program dan kursus ini di adakan untuk mengutip dana untuk di sumbangkan kepada rumah-rumah anak2 yatim di Malaysia ( Selangor khususnya ) dan rumah anak2 yatim di seluruh dunia di mana kursus2 ini diadakan.

Saya bagi pihak Lian Padukan Martial Arts Academy, Kuala Lumpur ingin merakamkan ucapan terimakasih atas Ayahanda Guru Hj Mohammad Hasyim Bin Hj Salleh ( Yang diPertua Lian Padukan ) kerana kehadiran dan tunjuk ajar beliau dalam menjayakan program ini.

Saya juga ingin mengucapkan terimakasih kepada Cikgu Din Misai ( Pengerusi KL / Selangor ), Cikgu Azhar, Cikgu Boy, Cikgu Faizal, Cikgu Nuraini, Cikgu Azmi dan Cikgu Nasrul atas komitment dan sokongan mereka pada kursus ini. Terimakasih juga pada semua yang hadir dan menjayakan kursus ini.

Jumlah perserta adalah seramai 16 orang. Pembatalan pada hari2 terakhir oleh beberapa peserta agak mengecewakan juga kerana ia menganggu dalam persiapan dalam penganjuran program ini, terutamanya dalam pemilihan tempat kursus. Kalau lebih dari 20 orang, studio Lian Padukan Martial Arts Academy di Gombak tidak cukup besar dan tidak sesuai untuk membuat latihan tekpi. Tapi alhamdulillah semuanya lancar dan di permudahkan oleh Allah s.w.t

Untuk makluman, ini adalah kursus yang diadakan untuk pertamanya kalinya di gelangang Lian Padukan Gombak. Banyak rahsia, petua, langkah dan buah yang dikongsi bersama oleh Ayahanda Guru Hj Hasyim. Semua ini tidak akan dapat diajar dan di ceritakan semasa kelas, oleh itu rugilah mereka yang tak merebut peluang ini. Kursus Tekpi dan Hikayat 1001 Tumbuk telah membuka langkah pertama untuk Lian Padukan Martial Arts Academy..

Maklumbalas yang kami terima juga selepas kursus ini sungguh memberangsangkan dan sangat baik. Maka insyaAllah beberapa lagi kursus-kursus akan diadakan tahun dan kami akan buat yang lebih baik lagi

Akhir kata, nasihat dan kata-kata oleh Ayahanda Guru Hj Mohammad Hasyim :-

Demi Untuk mencapai “KEPUASAN” segala apa yang dilakukan mestilah dengan penuh “KEIKHLASAN”, maka dalam “LIAN PADUKAN” setiap “LATIHAN” walaupun penuh dengan “KEGANASAN”, KEPANTASAN” dan “KEKERASAN” tapi itulah tanda dan makna “KEIKHLASAN” mengajar dan belajar. Kalau nak belajar lembut-lembut itu bukan “LIAN” tapi “TARIAN”.

KITA SEMUA HENDAKLAH IKHLAS
JANGAN WAS-WAS BARULAH PUAS…..

Wednesday, November 11, 2009

2 DAYS TO GO - Update Kursus Lian Padukan - World Fighting for Lives

Salam everybody,

see update on World Fighting For Lives event. 2 days to go.

All details for his event have been updated on the website:

http://www.fightingforlives.com/pb/wp_9573dffa/wp_9573dffa.html

http://www.youtube.com/watch?v=olljroUdtRA