LOGO RAJA BUAH PUKUL

LIAN PADUKAN - KING OF BUAH PUKUL.
Simple, Logic, Effective and Practical.


" SENJATA LAPAN, GAYANG LIMA TA' LIAN PADUKAN HILANG DI DUNIA."

http://www.lianpadukan.com/

Wednesday, February 8, 2012

Mandi Penimbul Lian Padukan




Salam,


Program ini telah diadakan pada 4 dan 5hb Febuari 2012 Kota Tinggi Waterfalls Resort,  Kota Tinggi, Johor. Ini merupakan suatu acara yang diadakan secara rasmi buat pertama kalinya oleh pihak Academy untuk kalender aktiviti 2012 Lian Padukan. Sebelum ini acara Mandi Penimbul ini hanya dijalankan untuk mereka-mereka yang terpilih sahaja terutamanya kepada ahli-ahli Lian Padukan yang akan Khatam. Kali terakhir acara ini dibuat pada tahun 2006 kepada empat(4)  beradik khatam sahaja. Mereka kemudian  khatam pada Jan 2007. Mereka ialah Cikgu- Azhar, Raziman, Aimi, Hisham.  



Atas semangat Cikgu-cikgu yang pernah melakukan upacara ini dan dengan persetujuan Ayahanda Dr.Haji Mohammed Hasyim, Mahaguru Utama Lian Padukan, kami mahukan upacara Mandi Penimbul yang sama ini dilakukan kepada bakal-bakal peserta Khatam 2012 juga. Kami mahukan mereka ini mendapat apa yang kami dapat sebelum ini. Hahaha…rahsia.

Selain itu juga antara faktor utama lain yang membuatkan upacara ini diadakan adalah kerana untuk pertama kalinya juga, Majlis Khatam yang akan diadakan May 2012 ini akan mengeluarkan lebih empat puluh (40) bakal cikgu-cikgu Lian Padukan baru. Untuk kali ini juga ia melibatkan beberapa wakil negeri-negeri seperti Pulau Pinang, Terengganu, Melaka, Kuala Lumpur, Selangor, Pahang dan Johor sendiri ( suatu rekod baru Lian Padukan – Raja Buah Pukol ).







Majlis Penimbul ini bermula pada jam 4 petang, 4hb Feb. sehingga 12 petang keesokan harinya. Peserta-peserta hanya dibenarkan untuk berkhemah dan gotong-royong bersama-sama dalam semua aktiviti yang dijalankan. Majlis ini dihadiri bersama oleh keluarga Ayahanda. Kata isteri beliau, Hajjah Fifi, perkumpulan ini secara tidak langsung juga merupakan family day untuk Lian Padukan yang kali terakhir diadakan pada tahun 2003, iaitu hampir 9 tahun lepas. Wow…….lagi sekali suatu pencapaian yang mengkagumkan.
 


Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar dan semua yang hadir rata-rata berpuas hati dengan program yang dijalankan sepanjang Majlis Mandi Penimbul ini. Makan malam tak sah kalau tidak ada BBQ. Terimakasih kepada Dr Din dan kak Ida yang menyediakan makan malam kami.

Saya bagi pihak secretariat penganjur, mengucapkan ribuan terimakasih atas kehadiran dan sokongan Ayahanda Dr.Haji Mohammed Hasyim Salleh Al-Masyhur, Hajjah Fifi dan keluarga pada Majlis Mandi Penimbul Lian Padukan ini.

Terimakasih banyak atas sokongan Pengerusi Johor, Cikgu Din Gondrong dan family, Pengerusi KL/Selangor, Dr Din Misai dan family dan  Pengerusi Melaka, Cikgu Boy. Tidak ketinggalan juga terimakasih kepada Cikgu Ariff, Jeff, Ipman, sham kecik dalam menyokong majlis ini.

 Terimakasih dan sayang saya kepada AJK-AJK Mandi Penimbul seperti Dr.Din, Kak Ida, Cikgu Azhar, Cikgu Aimi, Cikgu Faizal, Cikgu Wana, saudara Jalimi,Johan, Fairuz dan Farid. You are the Best….