LOGO RAJA BUAH PUKUL

LIAN PADUKAN - KING OF BUAH PUKUL.
Simple, Logic, Effective and Practical.


" SENJATA LAPAN, GAYANG LIMA TA' LIAN PADUKAN HILANG DI DUNIA."

http://www.lianpadukan.com/

Thursday, December 15, 2011

Grading Kebangsaan kali ke 2 Lian Padukan

Salam.




Alhamdulillah syukur, Majlis Grading Kebangsaan Lian Padukan telah berjaya di anjurkan buat kali ke-2 di Dewan MBSA Sek.7, Shah Alam Selangor pada 10 Disember yang lepas. Majlis berjalan lancar bermula jam 9 pagi hingga 7 petang. Majlis dirasmikan oleh Yang DiPertua dan Mahaguru Utama Persatuan Seni Silat Lian Padukan, Ayahanda Dr.Haji Mohammed Hasyim Salleh Al-Masyhur.

Seramai 92 orang ahli Lian Padukan menyertai grading ini dan ia melibatkan hampir 169 peringkat kenaikan talipinggang, bermula dari Bengkong Biru hingga ke Bengkong Putih ( Hitam, Biru, Merah, Hijau, Kuning, Putih ). Buat pertama kali dan secara rasminya juga Bengkong Biru di perkenalkan untuk kategori peringkat Jurus 1 hingga Jurus 4, Peringkat Pengenalan Senjata Lapan.

Perjalanan Grading kali ini nampak lancar dan lebih teratur berbanding tahun lepas. Jawatankuasa penganjur yang di ketuai oleh Dr Din Misai sebagai Pengerusi yang juga merangkap Pengerusi KL/Selangor telah melakukan beberapa ‘improvement’ dalam penganjuran kali ini. Gelanggang untuk Ujian Grading di tambah daripada satu ( tahun lepas ) kepada empat gelanggang, dan setiap satu gelanggang menempatkan 2 orang peserta sahaja. Ini penting demi menjaga quality dan kemahiran ahli yang grading dapat di tingkatkan. Lain-lain ‘improvement termasuk susunatur majlis, penyediaan makanan, quality makanan dan susunan peserta-peserta Grading.

Dari mula grading dijalankan, Ayahanda Mahaguru Utama memainkan peranan yang aktif dan turut sama turun  ke gelanggang-gelanggang. Majlis kali ini juga melibatkan ramai muka-muka baru dan kehadiran ramai ahli-ahli kanak-kanak dan remaja.

Gelaran Pesilat Terbaik tahun ini jatuh kepada saudara Abdul Muhaimin dari Singapura ( Gelanggang Induk, Johor Bahru ). Beliau di nilai dari segi Lian dan Applikasinya.

Pesilat Harapan 2011 tahun ini jatuh kepada adik Nik Nuha ( Gelanggang USJ/Mydin ) yang berjaya menyandang gelaran ini untuk dua tahun berturut-turut. Beliau berumur 10 tahun tetapi pegerakkannya kemas dan cantik.

Pasangan regu ‘sparring’ terbaik tahun ini dipilih melalui pasanagn Muhammad Akmal ( Glg. Induk Johor) dan Mohamad Zhafri ( Glg.Bukit Beruntung, Selangor ).

Majlis berakhir dengan bacaan doa selamat oleh Cikgu Zaharudin ( Din Gondrong ) dan sesi bergambar beramai-ramai.


Sekian.
** gambar2 akan menyusul lagi kemudian.

Friday, December 9, 2011

Grading Kebangsaan Lian Padukan ke- 2

Salam,

PERSATUAN SENI SILAT LIAN PADUKAN MALAYSIA
MAJLIS GRADING KEBANGSAAN KALI KE -2


TEMPAT                   :      DEWAN MELUR
                                         SEKSYEN 7/16,
                                         SEKSYEN 7 SHAH ALAM,
                                         SELANGOR.

MASA                       :       10 DISEMBER 2011
                         
PENDAFTARAN      :       7.45 - 8.15 PAGI


PAKAIAN                :        BAJU PUTIH, TALIPINGGANG LENGKAP ( CIKGU KHATAM )
                                           BAJU HITAM, TALIPINGGANG LENGKAP ( AHLI-AHLI )
                                    (pastikan kasut, tudung, kopiah atau songkok mengikut  dua warna di atas sahaja).

p.s. Ayahanda pesan terutamanya kepada ahli-ahli datang dari luar Kuala Lumpur, check kereta dulu, sebelum bergerak berdoa, dan berhati-hati semasa memandu.

Sebarang pertanyaan sila hubungi saya, 016-702 7449. Mereka yang hendak berkumpul di studio LP Gombak amat dialu-alukan.