" SENJATA LAPAN, GAYANG LIMA TA' LIAN PADUKAN HILANG DI DUNIA."


[ Lian Padukan International ] lianpadukanacademy@gmail.com
http://www.lianpadukan.com/

Monday, October 3, 2011

Selamat Hari Jadi - Ayahanda Raja Buah Pukul

Salam Pembaca,

17 Sept 2011, Sabtu

Suatu Majlis telah diadakan pada hari tersebut untuk menyambut tiga 'occasion'; Sambutan Hari Raya, Harijadi Ayahanda Dr Haji Mohammed Hasyim Salleh dan Hari Ulangtahun Perkhawinan yang ke 23, Ayahanda bersama Hajjah Fifi.
Sejak penglibatan saya bersama Lian Padukan dan Ayahanda, inilah kali pertama rasanya majlis di buat dan di sambut besar-besaran. Agak2 dalam 300 orang hadir pada majlis tersebut, yang bermula sejak dari pukul 8 malam sehingga 1230 malam. Tapi bagi kami ( ahli2  LP Jb dan KL) majlis berakhir hingga ke subuh.
Majlis bermula dengan kumpulan marhaban yang diketuai oleh bonda Dr Haji Mohammed Hasyim Salleh.
Majlis diteruskan dengan "cake surprise" dibuat oleh Cikgu Ain Srikandi dengan mengeluarkan 2 kek, satu untuk Harijadi Ayahanda dan satu untuk 'wedding anniversary'. Majlis kemudian di meriahkan lagi dengan dentuman bunyi motor, kedatangan Kumpulan Harley Davidson Johor / Kembara Tengku Mahkota Johor seramai lebih 30 orang. FYI, Ayahanda adalah salah seorang VVIP member untuk kumpulan tersebut.

Majilis bertambah meriah dengan adanya set karaoke yang disponsor oleh ahli LP, iaitu saudara Akmal. Mulanya dimainkan banyak lagu Raya, tapi semakin malam bertukar keroncong, dondang sayang, lagu moden dan lagu ingeris akhirnya.

Yang uniknya buat pertama kalinya untuk Majlis yang besar ini, semuanya dari khemah, kerusi meja, makanan dan minuman telah di sponsor, disumbangkan, dikongsi, dibawa bersama oleh ahli-ahli Lian Padukan. Antara menu utama yang special ialah sup gearbox ( Akmal), satay ( oleh Halitdin), dan char kuey teow ( di masak 'on site' oleh Pn Aslina Tumpang dan suami). Alhamdulillah makanan dapat dijamu oleh semua tetamu yang hadir, lebih lagi ada. Memang hapening dan sungguh meriah lah malam tu.

Akhir sekali, kita saksikan permainan bunga api lebih 10 minit di luar perkarangan rumah. Majlis berakhir sekitar 1 pagi untuk tetamu. Taknak lepaskan peluang bersama2 ayahanda hingga ke subuh, ilmu yang beliau kongsikan kepada kami semua ( siapa tidur tak dapat la....).

HAPPY BIRTHDAY AYAHANDA...