LOGO RAJA BUAH PUKUL

LIAN PADUKAN - KING OF BUAH PUKUL.
Simple, Logic, Effective and Practical.


" SENJATA LAPAN, GAYANG LIMA TA' LIAN PADUKAN HILANG DI DUNIA."

http://www.lianpadukan.com/

Tuesday, September 6, 2011

Raja Buah Pukul Memukul Wooden Dummy


Salam,

Saya bagi pihak Ayahanda Mahaguru Dr.Haji Mohammed Hasyim Bin Haji Salleh, Persatuan Seni Silat Lian Padukan Malaysia dan Lian Padukan Martial Arts Academy mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin kepada semua pengamal-pengamal Raja Buah Pukul Lian Padukan di seluruh negara.

Lian Padukan Martial Arts Academy Wish Come Thru....

Wooden dummy ini ialah hadiah pemberian oleh Ayahanda Mahaguru Dr.Haji Mohammed Hasyim bin Haji Mohammed Salleh kepada pihak Lian Padukan Martial Arts Academy (LPMAA) Kuala Lumpur pada 27hb Mei 2011, selang beberapa hari sebelum Konvokesyen MAGMA. Tempahan di buat 2 bulan awal.


Wooden Dummy ini atau Mok dibeli daripada Grandmanster Dr. Brandon Chan dari Malaysian International Ving Chun Kungfu Federation di Damansara. Kunjungan saya, Ayahanda Mahaguru dan isteri beliau ke pejabat Dr. Brandon di Damansara merealisasikan impian ini. Memang ada bercadang nak beli terus dari China, tetapi risikonya pula sangat tinggi. Saya terus menghubungi Prof.Dr.Azlan Ghanie dari Majalah Seni Beladiri ( Timbalan Pengerusi MAGMA ketika itu ) dan beliau mengesyorkan GM Dr. Brandon Chan.

 

Beberapa tahun yang lepas memang ada cadangan ahli yang nak beli tetapi keadaan keewangan tidak mengizinkan serta harga WD yang mahal ketika itu. Tapi syukur, bila tiba giliran batch saya menerajui persatuan dan academy, Allah mudahkan jalan. Kita bersatu dan sepakat dalam banyak perkara.

Wooden Dummy ini digunakan untuk mengasah tangan dan kaki ( fokus pada tulang ) untuk menjadi kuat dan keras kepada pelatih-pelatih LP Academy khususnya. Lama kelamaan dengan kekerapan berlatih berterusan, anggota dan sendi yang dilatih itu diibaratkan akan keras seperti kayu.

Latihan ini akan mengambil masa…kerana kita bukan boleh terus pukul macam dengan punching bag. Pihak academi akan sentiasa berusaha untuk menambahkan lagi peralatan-peralatan yang ada keperluan di gelanggang Gombak ini untuk pelatih-pelatih LP.



Latihan menggunakan Wooden Dummy ini akan tetap menggunakan kaedah Lian Padukan. Pergerakkan kaki dan tangan dalam Lian Padukan ini mudah diaplikasikan dengan Wooden Dummy ini.

Bagi saya, selain punching bag, alat Wooden Dummy ini adalah juga suatu keperluan yang harus ada bagi gelanggang Buah Pukul Lian Padukan, terutamanya dalam aspek membentuk kekerasan, ketahanan dan kekuatan fizikal pelatih Buah Pukul Lian Padukan. Impak nya juga nyata akan berbeza. Yang baik di PADUKAN......





Terimakasih sekali lagi kepada Ayahanda Mahaguru Dr. Haji Mohammed Hasyim bin Haji Salleh atas pemberian Wooden Dummy untuk Akademi Lian Padukan.