LOGO RAJA BUAH PUKUL

LIAN PADUKAN - KING OF BUAH PUKUL.
Simple, Logic, Effective and Practical.


" SENJATA LAPAN, GAYANG LIMA TA' LIAN PADUKAN HILANG DI DUNIA."

http://www.lianpadukan.com/

Thursday, June 2, 2011

Lian Padukan - Raja Buah Pukul Dan Konvokesyen & Konvensyen MAGMA 2011

Assalamualaikum semua,

Dalam tempoh seminggu terakhir Mei ini berlaku  dua event yang besar dan bermakna dalam Persatuan Seni Silat Lian Padukan Malaysia.

1. Kejayaan Saya Menobatkan Lian Padukan sebagai RAJA BUAH PUKUL.

2. Kumpulan pertama Graduan MAGMA dalam Majlis Konvensyen dan Konvokesyen Seni Beladiri.

KEJAYAAN SAYA MENOBATKAN LIAN PADUKAN SEBAGAI RAJA BUAH PUKUL

Pertama saya telah berjaya melengkapkan tesis saya yang bertajuk ‘LIAN PADUKAN – RAJA BUAH PUKUL’ dan mempersembahkannya dihadapan panel yang terdiri dari Mahaguru Dr Hj Mohammed Hasyim ( Lian Padukan ), mahaguru-mahaguru dan guru-guru kanan persilatan lain di Malaysia serta wakil universiti dan MAGMA.


Sebenarnya usaha dan kajian saya ini telah di buat sejak dua tahun lalu dan sedikit demi sedikit data dan fakta dikumpulkan untuk menguatkan lagi tajuk yang saya pilih. Tajuk ini berat, hebat dan ada daulatnya yang tersendiri.

Dr Hj Mohammed Hasyim dengan Guru Pak Atan Air Batu

Dr Hj Mohammed Hasyim dengan Guru Hj Pak Raja Ali Raja Salleh
Tesis saya juga diperkuatkan lagi dengan sokongan bertulis yang menyokong Mahaguru Dr Hj Mohammed Hasyim ialah Raja Buah Pukul Terkini oleh guru-guru tua buah pukul seperti Guru Hj Pak Raja Ali Bin Raja Saleh ( Kumpulan Buah Pukul Mersing –Gayang Lima ) dan Guru Pak Andak Wahab (Kumpulan Buah Pukul Endau ), Pak Mat Singa dan murid terawal Lian Padukan, Pak Jasmi Baba. Saya sendiri yang bertanya dan meminta sokongan dari guru-guru tua ini dan saya sendiri yang menjadi saksi semasa surat ini di buat. Alhamdulillah.


Dr Hj Moahmmed Hasyim dengan Pak Jasmi

Dr Hj Mohammed Hasyim dengan
Guru Pak Andak Wahab

Dr Hj Mohammed Hasyim dengan
Guru Pak Mat Samurai




Ada beberapa lagi faktor yang saya kemukan dalam tesis saya untuk menyokong hujah2 saya. Di sini saya lampirkan carta-carta yang saya buat sendiri untuk memudahkan pembaca dan ahli memahaminya.



MAJLIS KONVENSYEN DAN KONVOKESYEN SENI BELADIRI

29 Mei 2011

Ini adalah konvensyen dan konvokesyen seni beladiri yang pertama di buat oleh MAGMA ( Persatuan Guru-Guru Seni Beladiri Malaysia ) yang mana matlamatnya ialah untuk mengiktiraf usaha dan pengorbanan mahaguru-mahaguru seni beladiri ini.


Tahniah dan syabas kami ucapkan untuk Mahaguru Utama Dr. Haji Mohammed Hasyim Bin Haji Mohammed Salleh, Guru Dr. Shahrudin Bin Ahmad dan Guru Dr. Muhamad Hishamudin Bin Haji Abdul Aziz kerana memperolehi Ijazah Kedoktoran @ ‘Doctor of Philosphy in Martial Arts’ semoga dikurniakan rahmat, syafaat dan berkat serta taufik dan hidayah dari Allah s.w.t. demi memperjuangkan Lian Padukan – Raja Buah Pukul, warisan insan, insyaAllah.




Majlis gilang-gemilang ini diadakan di Dewan Toh Puan Norashikin, Kompleks Darul Puteri, Cheras, itu dianjurkan oleh MAGMA dan Akademi Seni Beladiri MAGMA dan Universiti Terbuka Asia Pasifik. Konvensyen dan konvokesyen ini di rasmikan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan.






20 graduan kedoktoran seni beladiri dan 4 graduan kedoktoran perubatan komplementari naik ke pentas bagi menerima gulungan ijazah mereka disaksikan anak murid dan ahli perguruan mereka. Di samping itu, juga terdapat 14 graduan ijazah sarjana, 6 graduan sarjana muda dan 9 graduan diploma, kesemuanya dalam bidang seni beladiri.




Antara graduan ijazah kedoktoran termasuklah, Mahaguru Dato Haji Baharom bin Haji Kamari, president MAGMA dan pengasas Seni Silat Kuntau Selendang Merah, Mahaguru Raja Aziz Raja Ali, pengasas Silat Kegayungan Acheh Helang Putih, grandmaster Tan Ghee Lip, pengasas Free-Style Martial Arts Self-Defence, mahaguru Dahlan Karim, pengasas Silat Setiabakti, sensei Ramlan Ahmed daripada Aikido Shudokan, sifu Alex Loh Oon Teik daripada Goh Chor Kung Fu, dan master Shuhaizy Saad, pengasas Stealth Taekwondo

Majlis di meriahkan lagi dengan penyampaian Sijil penghargaan tertinggi kepada bekas Presiden Persekutuan Silat Antarabangsa (PERSILAT), Eddie M. Nalapraya atas usaha beliau mempromosi silat ke seluruh dunia

MAGMA adalah singkatan Persatuan Guru-Guru Seni Beladiri Malaysia (Malaysian Martial Arts Grand Masters’ Association), badan gabungan tenaga pengajar seni beladiri seluruh Malaysia. Kini, MAGMA mempunyai keahlian merangkumi 45 perguruan yang berjumlah seramai 500,000 orang. Dengan kerjasama Akademi Seni Beladiri MAGMA, Universiti Terbuka Asia Pasifik, ia melancarkan program Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan Kedoktoran dalam bidang Seni Beladiri, merangkumi pengajian pertahanan diri, kebudayaan, kesenian, sukan, jatidiri, perubatan dan lain-lain lagi

Jutaan terimakasih kepada Cikgu Aimi Terengganu, Cikgu Wan Nilai, Cikgu Srikandi Wana, Cikgu Skikandi Ayeen, Cikgu Simpul, Cikgu Boy Melaka, Cikgu Sham kecik, Cikgu Faizal, Ahli-ahli LP Johor ( Arif, Safuan, Akmal,  dan ramai lagi ) dan Selangor ( Juhan Laksmana, Asnan, Jangut, Hakeem, Mior, Johanes, dan ramai lagi )  yang turut sama dalam majlis ini amat di hargai.

Terimakasih.

Guru Dr.Muhamad Hishamudin Bin Hj Abdul Aziz