LOGO RAJA BUAH PUKUL

LIAN PADUKAN - KING OF BUAH PUKUL.
Simple, Logic, Effective and Practical.


" SENJATA LAPAN, GAYANG LIMA TA' LIAN PADUKAN HILANG DI DUNIA."

http://www.lianpadukan.com/

Thursday, April 28, 2011

Lian Padukan Terus Bergerak Ke Hadapan

Salam,

Sejak kursus Belantali pada bulan Febuari, tiada catatan ataupun cerita-cerita terkini persatuan / akademi yang di tulis di blog ini. Sebenarnya di samping kesibukan kerja ia juga melibatkan beberapa 'event' dan program yang berlaku dalam Lian Padukan sejak kebelakangan ini.

Antaranya slot pengambaran beberapa hari untuk rancangan Silat ( akan di tayangkan di RTM pada bulan Jun InsyaAllah ) di KL dan Johor Bahru. Konsep kali ini penerbit akan bawa scenario 'outdoor'. Alhamdulillah kami semua bersyukur dengan tawaran ini, dan berharap Lian Padukan ini akan terus di kenali dan berkembang maju.

Faktor lain seperti penglibatan saya dalam MAGMA dan OIUCM juga sedikit sebanyak mengalihkan tumpuan dalam penulisan blog ini. Cikgu Din Misai dan saya adalah AJK MAGMA dan AJK untuk Majlis Konvocation pada bulan Mei 2011 ini.. Penglibatan kami dalam MAGMA sejak dari tahun 2009 lagi.
MAGMA ialah Persatuan Guru-Guru Beladiri Malaysia atau Malaysian Grandmasters Asscociation.


Majlis Persidangan dan Konvocation MAGMA / OIUCM yang akan di adakan pada 29 Mei 2011 ini dianjurkan bertujuan untuk mertabatkan guru-guru beladiri di Malaysia ini. Untuk pertama kalinya di Malaysia, MAGMA dan OIUCM menawarkan kursus-kursus Diploma, Degree, Master dan Phd dalam Martial Arts. Untuk pertanyaan boleh melawat MAGMA di facebook.



Saya juga mengambil peluang ini juga untuk mengucapkan ribuan terimakasih pada Dr Azlan Ghani, penerbit Majalah Seni Beladiri atas kesudian beliau untuk mempelawa saya muncul dalam majalah beliau keluaran Mei 2011. Sokongan Dr Azlan Ghanie bersama Lian Padukan sejak dari dulu hingga sekarang amat saya hargai.




Salam