Seronok, puas hati, best, marvellous, syok, awesome....dan bermacam lagi. Itu adalah antara komen peserta-peserta kursus "Belantali" Lian Padukan yang di jalankan pada hari Sabtu, 19 Feb 2011.
Jutaan terimakasih kepada Ayahanda Hj Hasyim yang hadir merasmikan kursus ini dan juga berkongsi dan mencurahkan ilmu bermain senjata - Belantali ini kepada peserta amat dihargai. Banyak rahsia pukol dan skill yang ditunjukkan oleh ayahanda sungguh menakjubkan. Kesimpulannya, memang layaklah dia bergelar Raja Buah Pukol. Kepantasan dan keganasan yang ditunjukkan oleh beliau belum ada yang boleh tandingi lagi.
Kursus tersebut juga telah dihadiri oleh orang lama Lian Padukan, Pak Mat Singa. Beliau turut berkongsi pengalaman dan petua pukol kepada peserta-peserta. Memang best dan lagi bersemangat perserta2 mendengar cerita Pak Mat Singa.
Seramai 33 orang peserta hadir pada kursus kali ini. Ini merupakan kursus awam kedua yang dibuat selepas Kursus Tekpi yang di anjurkan pada Nov.2009. Pada 2010 lebih kepada kursus-kursus dalaman persatuan/academy untuk cikgu-cikgu. InsyaAllah, dengan berjayanya kursus ini, kita menjangkakan akan buat sekurang-kurangnya lagi 2 kursus pada tahun 2011 ini.
Tahniah saya ucapkan bagi pihak Lian Padukan Academy kepada ayahanda Hj Mohammed Hasyim Bin Hj Salleh yang mengasaskan nama dan permainan kayu belantan bertali ini iaitu "BELANTALI". InsyaAllah kursus senjata "BELANTUMBOK" akan menyusuli pada masa2 akan datang. Teknik2 baru yang diilhamkan oleh Ayahanda Hj Mohammed Hasyim berbeza dari permainan kayu belantan lain. Untuk kursus ini peserta di ajar teknik pukolan, jatuhan dan kuncian mengunakan BELANTALI. Untuk kursus ini, studio telah dilengkapi terlebih duhulu dengan rubber mattres baru.
Pada akhir sesi petang, ayahanda Hj Hasyim telah menghadiahkan 'Rahsia Tangan Cengkadak" pada semua peserta. Semua berlatih dan memahirkan teknik tangan Cengkadak.
Saya juga ingin ucapkan terimakasih atas sokongan cikgu-cikgu dari Johor, Pahang, Melaka, dan KL/Selangor serta ahli-ahli yang yang hadir.
