LOGO RAJA BUAH PUKUL

LIAN PADUKAN - KING OF BUAH PUKUL.
Simple, Logic, Effective and Practical.


" SENJATA LAPAN, GAYANG LIMA TA' LIAN PADUKAN HILANG DI DUNIA."

http://www.lianpadukan.com/

Tuesday, February 22, 2011

Tahniah Kepada Peserta Kursus "BELANTALI" Lian Padukan

Seronok, puas hati, best, marvellous, syok, awesome....dan bermacam lagi. Itu adalah antara komen peserta-peserta kursus "Belantali" Lian Padukan yang di jalankan pada hari Sabtu, 19 Feb 2011.



Jutaan terimakasih kepada Ayahanda Hj Hasyim yang hadir merasmikan kursus ini dan juga berkongsi dan mencurahkan ilmu bermain senjata - Belantali ini kepada peserta amat dihargai.  Banyak rahsia pukol dan skill yang ditunjukkan oleh ayahanda sungguh menakjubkan. Kesimpulannya, memang layaklah dia bergelar Raja Buah Pukol. Kepantasan dan keganasan yang ditunjukkan oleh beliau belum ada yang boleh tandingi lagi.

Kursus tersebut juga telah dihadiri oleh orang lama Lian Padukan, Pak Mat Singa. Beliau turut berkongsi pengalaman dan petua pukol kepada peserta-peserta. Memang best dan lagi bersemangat perserta2 mendengar cerita Pak Mat Singa.

Seramai 33 orang peserta hadir pada kursus kali ini. Ini merupakan kursus awam kedua yang dibuat selepas Kursus Tekpi yang di anjurkan pada Nov.2009. Pada 2010 lebih kepada kursus-kursus dalaman persatuan/academy untuk cikgu-cikgu. InsyaAllah, dengan berjayanya kursus ini, kita menjangkakan akan buat sekurang-kurangnya lagi 2 kursus pada tahun 2011 ini.

Tahniah saya ucapkan bagi pihak Lian Padukan Academy kepada ayahanda Hj Mohammed Hasyim Bin Hj Salleh yang mengasaskan nama dan permainan kayu belantan bertali ini  iaitu "BELANTALI". InsyaAllah kursus senjata "BELANTUMBOK" akan menyusuli pada masa2 akan datang. Teknik2 baru yang diilhamkan oleh Ayahanda Hj Mohammed Hasyim berbeza dari permainan kayu belantan lain. Untuk kursus ini peserta di ajar teknik pukolan, jatuhan dan kuncian mengunakan BELANTALI. Untuk kursus ini, studio telah dilengkapi terlebih duhulu dengan rubber mattres baru.

Pada akhir sesi petang, ayahanda Hj Hasyim telah menghadiahkan 'Rahsia Tangan Cengkadak" pada semua peserta. Semua berlatih dan memahirkan teknik tangan Cengkadak.

Saya juga ingin ucapkan terimakasih atas sokongan cikgu-cikgu dari Johor, Pahang, Melaka, dan KL/Selangor serta ahli-ahli yang yang hadir.

Wednesday, February 2, 2011

The NST, Utusan Malaysia dan TV3 - Terimakasih

Assalamualikum,

Alhamdulillah, Tahun 2011 telah bermula dengan baik untuk Lian Padukan. Bermula dengan artikel Lian Padukan dalam akhbar The New Straits Time pada Jumaat, Januari 14, 2011 dengan tajuk “LIAN PADUKAN CONTINUES TO MAKE STRIDE”, disusuli pula dengan artikel di akhbar Utusan Malaysia dalam sisipan WOW pada hari Sabtu 22 Januari 2011 dengan tajuk “ RAJA BUAH PUKUL DARI SELATAN” dan akhirnya pada hari Rabu lepas, 26hb Jan 2011, secara “Live” muncul di TV3 dalam rancangan pagi Malaysia Hari Ini (MHI) cukup membanggakan seluruh warga, keluarga dan pengamal LIAN PADUKAN di seluruh Negara.


Saya sendiri ( tak termasuk ayahanda dan cikgu2 lain ) telah menerima banyak ucapan2 tahniah dan sokongan dari keluarga, sahabat handai, ahli-ahli Lian Padukan dan juga pengamal2 beladiri yang lain yang bukan Lian Padukan.




Saya juga terima banyak pertanyaan mengenai gelanggang2 Lian Padukan di seluruh negara, mengenai buah pukol, ada juga undangan dari mereka untuk Lian Padukan membuat demonstrasi dalam event2 yang akan mereka anjurkan tahun ini.

Bagi pembaca2 yang baru mungkin ini ibarat macam salam pengenalan untuk permainan buah pukol dan Lian Padukan. Ianya juga ibarat suatu promosi untuk kami, kerana ia di edarkan dan disiarkan di seluruh Negara.

Dari satu sudut lain pula, untuk yang telah mengenali permainan ini dan Lian Padukan, pendedahan ini adalah bukti keseinambungan dari tahun2 yang sebelum ini dimana dari rancangan RTM “Gelanggang” dan “Warisan” dan “Human Weapon” di Asto History Channel disamping keluarnya beberapa kali cerita mengenai Guru Utama Ayahanda Hj Mohammed Hasyim dan “Srikandi Lian Padukan” pada tahun lepas dalam Majalah Seni Beladiri. Samalah maksud dari kata2 akhbar NST iaitu ; “Lian Padukan continues to Make Strides. Bagi kami, Lian Padukan is “Alive and Kicking” …..always there. Dengan kata lain, diam bukan bererti takut, undur bukan bererti kalah…. Bagi kami segala fitnah dan tohmahan yang kami lalui selama ini terutamanya awal 2008 tidak kami ambil peduli. We have never look back. Dan kami tunjunkan yang kami ini kurangkan cakap dan lebihkan kerja. Ayahanda , cikgu2 khatam dan ahli2 Lian Padukan dah macam status artis dalam Silat dan Beladiri. Gosip dan fitnah tu dah jadi asam garam kami. Orang kata, tak luak sikit pun. Artis, ahli politik pun melalui process yang sama.

LIAN PADUKAN - We “Walk The Talk “

Dalam posting kali ini, saya mesti ceritakan serba ringkas sejarah 2008 dengan harapan saudara2 pembaca mendapat iktibar yang orang yang buat fitnah/ kerja jahat ini akan ada balasannya. Apabila muncul yang HAK maka musnahlah yang batil.

Untuk makluman pembaca2 kejayaan ( keluar LP di media cetak dan electronic ) ini bagi saya sendiri ibarat macam jawapan dan balasan ( dengan izinNYA ) kepada orang2 yang pada tahun 2008 telah berusaha sedaya upaya dan bersungguh-sungguh untuk menjatuhkan dan memalukan Ayahanda Hj Mohammed Hasyim dan Lian Padukan.

Mereka berjaya menyakinkan Mat Kedidi ketika itu berumur 82 tahun untuk menandatangani surat untuk memutuskan hubungan dia dengan Ayahanda Hj Hasyim dan Lian Padukan. Surat itu pula diedarkan pada orang ramai macam “pamphlet”. Yang di fax lain dan dipos lain dan diberi dan diedarkan by hand lain di seluruh johor terutamanya.

Saudara pembaca fikirlah sendiri, dahlah mereka berjaya putuskan terang2 silaturahim mat kedidi dan Ayahanda Hj Hasyim, mereka juga kumpulkan orang ramai dan tabor fitnah lagi, dengan tekad untuk mengaibkan Ayahanda Hj Hasyim dan Lian Padukan. Yang hairannya orang-orang yang telah bertaraf cikgu, guru, sifu, orang lama dengan senangnya boleh termakan dengan cerita fitnah2 ini tanpa berusaha untuk berjumpa Ayahanda dan saya untuk kepastian. Mereka terima bulat2 fitnah itu. Dan hingga ke hari ini masih lagi berterusan…..pasti ada rancangan baru yang dirancang dan mangsa2 dan guru2 baru yang di perbodohkan.

Sekarang bila saya renungkan balik, dengan keluar cerita2 Lian Padukan ini, ibarat sedikit kemenangan Allah berikan pada Lian Padukan. Kalau pada 2008 mereka fax surat, poskan surat, berhabis duit, sogok orang sana sini TAPI melalui akhbar NST, Utusan dan TV3 bulan ini, seluruh Negara ( kesemua 14 negeri2 di Malaysia ) telah membaca dan menonton cerita dan demo LIAN PADUKAN. Bayangkan saudara, jutaan orang yang telah membaca dan menonton kisah Lian Padukan dan terus menobatkan Ayahanda Hj Mohammed Hasyim Bin Hj Salleh sebagai RAJA BUAH PUKOL. Raja manaaaa…..Raja Buah Pukol.



Harap saudara pembaca fikirkan sejenak. Nampak tak Kebesaran Allah dan balasanNYA. Ini yang saya nampak yang hendak saya kongsikan pada semua. Sebab semua perkara2 yang berlaku, telah berlaku di depan saya sendiri. Kalau setuju , Alhamdulillah, kalau tak setuju boleh jalan dah….

LIAN PADUKAN is “here to stay for GOOD…FOREVER”.

Saya bersyukur pada Allah dan saya ucapkan terimakasih pada Ayahanda Hj Mohammed Hasyim bin Hj Salleh, cikgu2 yang bersama menyokong ( yg datang dan yg tak dapat ) , ahli2 yang turut membantu serta keluarga2 semua.