LOGO RAJA BUAH PUKUL

LIAN PADUKAN - KING OF BUAH PUKUL.
Simple, Logic, Effective and Practical.


" SENJATA LAPAN, GAYANG LIMA TA' LIAN PADUKAN HILANG DI DUNIA."

http://www.lianpadukan.com/

Friday, December 17, 2010

Majlis Melangir Pedang Lian Padukan

Salam semua,

Pada tarikh 11 December 2010 bersamaan dengan 5 Muharam telah berlangsung satu Majlis Adat Melangir Pedang Lian Padukan bersama Y.M. Ayahanda Haji Mohammed Hasyim Bin haji Salleh - Guru Utama / Presiden  Lian Padukan Malaysia .

Adat Melangir ini telah dijadikan acara rasmi Persatuan Seni Silat Lian Padukan sejak tahun 2007. Ini merupakan tahun ke-3. Sebelum ini majlis melangir pedang cuma dilakukan secara tertutup.



Ini di sebabkan pada tahun 2007, pedang yang di tempah khas tersebut telah di hadiahkan oleh 5 orang ahli Lian Padukan yang khatam pada waktu itu kepada Y.M. Ayahanda Guru Utama. Buat pertama kali juga idea untuk memberikan suatu hadiah yang istimewa  dan luarbiasa kepada Guru Utama sempena Majlis Khatam Istiadat mereka berlima.



Majlis Khatam pada 2007 itu juga istimewa kerana telah di hadiri oleh anakanda kepada Sultan Johor (Almarhum Sultan Iskandar ) Y.A.M. Tunku Masera. Pedang tersebut kemudiannya telah di restui  dan simbolinya pedang itu diserahkan sendiri oleh Y.A.M.Tunku Masera kepada Y.M. Ayahanda  Haji Mohammed Hasyim. Pedang itu kemudiannya telah di sumbangkan kembali oleh Y.M. Ayahanda kepada persatuan untuk dijadikan Pedang Adat-Istiadat Lian Padukan.

Pedang Adat-Istiadat Lian Padukan itu kemudiannya di keluarkan dan digunakan untuk upacara-upacara rasmi Lian Padukan. Antaranya majlis khatam Istiadat, majlis grading, melangir pedang dan sebagainya. Upacara Adat Melangir pedang ini selalunya di jalankan setiap tahun dalam bulan Muharam selalunya antara 1 - 10 Muharam.

Pada majlis ini selain pedang adat-Istiadat Lian Padukan yang di langir, senjata-senjata lain juga di langirkan. Sebahagian besarnya adalah dari koleksi Y.M. Ayahanda sendiri, cikgu-cikgu khatam dan ahli-ahli. Antaranya seperti pedang, tombak, tekpi, kerambit, keris, dan parang.

Majlis kali ni tidak ramai yang dapat hadir oleh cikgu dan ahli kerana ada perubahaan yang mendadak dalam program Lian Padukan. Sepatutnya tarikh 11 Dec 2010, sebahagian dari kami akan terlibat dengan Festival Silat tetapi perubahan 'last minute' oleh pengajur, menangguhkan program tersebut kepada tahun hadapan. Oleh itu kami memohon maaf atas perubahaan tarikh Melangir Pedang yang di cadangkan pada 20 Dec 2010.

Majlis bermula selepas magrib, dengan bacaan yassin dan tahlil untuk arwah guru-guru. Selepas berjemaah sembahyang Isyak, majlis melangir dimulakan. Untuk makluman, majlis melangir ini di ertikan juga dengan maksud mencuci. Iaitu kita membersihkan senjata-senjata yang kita ada. Majlis berlangsung di rumah adat di Johor Bahru.