" SENJATA LAPAN, GAYANG LIMA TA' LIAN PADUKAN HILANG DI DUNIA."


[ Lian Padukan International ] lianpadukanacademy@gmail.com
http://www.lianpadukan.com/

Wednesday, August 4, 2010

Ramadan Al-Mubarak dan Demo USJ2

Salam,


Saya bagi pihak Lian Padukan Academy ingin mengucapkan Selamat Menyambut bulan Ramadan Al-Mubarak dan Selamat Berpuasa. Dengan izinNYA kita diberi peluang sekali lagi untuk bertemu dengan bulan Ramadan ini yang di awalnya ada Kerahmatan, di tengahnya ada Keampunan dan di hujungnya ada pembebasan api neraka. Janganlah di persia-siakan peluang yang Allah s.w.t berikan pada kita semua.

Untuk topik kali ini saya ingin berkongsi demonstrasi yang diadakan bersama Cikgu Raziman di Sekolah USJ2 pada 31st July 2010.
Demo adalah sempena Kanival Tahunan Sekolah tersebut disamping mempromosi pembukaan cawangan Lian Padukan di USJ, insyaAllah.


Permintaan adalah dari pihak sekolah terbabit yang mahukan sendiri Lian Padukan...hahaha best tu.

Demo telah di kendalikan oleh Cikgu Kamaruddin @ Raziman bersama dengan murid2 kecil beliau yang terdahulu dan dibantu bersama oleh 3 orang murid sekolah rendah juga dari Lian PAdukan Academy Gombak. Sorakan dan tepukan dari penonton yang dan lagu gendang silat yang dimaikan sunguh hebat sekali hari itu.

Response dari cikgu2 dan murid2 sunguh menggalakan dan insyaAllah kelas akan di mulakan selepas Hari Raya.

Bagi pihak Yang Di Pertua, LP Academy, pengerusi Selangor dan seluruh warga Lian Padukan, kami ucapkan tahniah dan Selamat Pulang kepada Cikgu RAziman ke USJ2. Ibarat sirih pulang ke gagang.

Walaupun begitu setelah habis demo ini sudah ada pihak yang cuba menggagalkan usaha yang baik dan murni ini. Sekali lagi, kami sudah menjangkakan ini akan berlaku. Tohmahan dan fitnah yang disebarkan tidak kami endahkan. Kami berdoa di bulan yang mulia ini supaya usaha cikgu Raziman ini berjaya dan di permudahkan. Kami berdoakan agar Allah bukakan lah pintu hati orang ini dengan Nur cahayaNya supaya insaf dan bertaubat.

Lagipun kalau yang punya badan sudah setuju, apa kami peduli. betul tak....betuullll.

kami warga Lian Padukan punyai semangat yang kental dan niat yang ikhlas untuk mengembang Lian Padukan ini. Usaha ini akan tetap di teruskan bersama wakil sekolah USJ2. Lawan tetap lawan.....kalau ada ugutan, kepada pihak yang berkuasalah kami ajukan.

Terima Kasih.