LOGO RAJA BUAH PUKUL

LIAN PADUKAN - KING OF BUAH PUKUL.
Simple, Logic, Effective and Practical.


" SENJATA LAPAN, GAYANG LIMA TA' LIAN PADUKAN HILANG DI DUNIA."

http://www.lianpadukan.com/

Tuesday, July 20, 2010

Si Baju Putih Lian Padukan


Salam,

Saya ingin menerangkan serba ringkas mengapa cikgu-cikgu Khatam Lian Padukan ini memakai baju serba putih setelah mereka tamat belajar atau ‘Khatam’ permainan Lian Padukan ini. Ramai pihak yang berkata kita tiru beladiri-beladiri dari luar seperti taekwado, karate dan sebagainya. Selalunya mereka ini akan memberi pendapat setelah melihat gambar photo ataupun lihat dari jauh sahaja. Kadang-kadang mereka anggap kita ini jurulatih beladiri tersebut.

Sebenarnya kalau kita lihat dalam seni beladiri, tak kira dari dalam atau luar Negara, ada 2 warna yang utama yang dominant iaitu warna hitam dan putih. Hitam akan merujuk kepada silat dan putih akan merujuk kepada beladiri2 dari korea atau Jepun. Bagi pengamal silat, mereka tak ada pilihan samada membeli baju hitam yang ala baju melayu ataupun membeli baju hitam yang style taekwado atau karate. Kadang-kadang itu lebih kepada mengikut keselesaan dan saiz badan orang tersebut.

Mengikut ceritanya ada 2 sebab utama yang menyebabkan cikgu-cikgu Lian Padukan ini memakai baju putih. Satu ketika dulu arwah Razak Shariff, guru kepada YDP Tuan Hj Mohammed Hasyim Bin Hj Salleh sebelum beliau belajar bermain buah pukul beliau pernah belajar judo dan taekwando. Kemudianya apabila YDP Hj Mohammed Hasyim mula belajar dengan arwah Razak, beliau memang suruh memakai baju putih semasa latihan. Harapan arwah Razak juga inginkan LianPadukan dalam eranya memakai baju putih namun tidak sampai dan hasrat itu di teruskan sekarang oleh YDP Hj Mohamed Hasyim Salleh.

Keduanya pengalaman YDP pernah menghadiri kursus wasit (silat) dan pernah menjadi bendahari PESAKA Johor selama 2 tahun menguatkan lagi untuk menggunakan warna putih. Wasit silat sentiasa pakai baju putih.

Bila ahli-ahli baru yang belajar mereka di suruh memakai warna hitam. Apabila sudah tamat kelak dan khatam barulah dia layak memakai baju putih tersebut. Susunan warna talipinggang juga akan bergerak dari Hitam – Merah – Hijau – Kuning – Putih yang kesmuanya akan merangkumi 4 jurus dan 16 Lian. Semakin lama semakin cerah warnanya hinggalah ke putih. ( Itu adalah tahap grading peringkat2 ).

Dari sudut maknanya pula, YDP memberitahu bahawa warna putih itu menunjukkan bersih. Bersih dari segalanya "inside' and "outside".

Putih akan dilihat juga sebagai terang dan suci. Ibarat macam kita ini mulakan hidup baru atau macam kita ini baru dilahirkan kedunia begitulah hebatnya simbolik khatam Lian Padukan ini. Nak cerita bab putih dengan detail, khatam lah dulu.

Akhirnnya, terimakasih ke atas YDP Tn Hj Mohammed Hasyim Bin Haji Salleh yang ingin berkonsi cerita tersebut dengan saya ( walupun sudah lama saya tahu..belum kesempatan untuk di kongsi ) dan segala tunjuk ajar dan ilmu yang diberikan saya amat hargai.