" SENJATA LAPAN, GAYANG LIMA TA' LIAN PADUKAN HILANG DI DUNIA."


[ Lian Padukan International ] lianpadukanacademy@gmail.com
http://www.lianpadukan.com/

Wednesday, April 28, 2010

Hang Tuah


Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu adalah pahlawan-pahlawan Melayu yang terbilang. Tun Perak, Bendahara Seri Maharaja Melaka sewaktu hayatnya mempunyai kepercayaan penuh kepada pahlawan-pahlawan ini sehingga Melaka menjadi makmur, aman dan sentosa.

Walaupun ada Kerma Wijaya dan Raja Mendeliar yang sering menabur fitnah tetapi Tun Perak berjaya mematahkannya kerana Tun Perak adalah orang yang bijaksana. Tun Perak tidak termakan fitnah kerana Tun Perak mengamalkan prinsip untuk mendengar dahulu segala aduan, segala penerangan, dan segala yang perlu didengar daripada pihak-pihak yang bertelagah.

Tun Perak, Bendahara Seri Maharaja Melaka tidak cepat melenting dan menghukum tidak tentu pasal.

Mari kita bina negara kita ( LIAN PADUKAN ) ini dengan segala prinsip yang baik :

BINALAH KEMBALI MELAKAMU

Tun Perak Seri Maharaja,
binalah Melakamu
dengan setia Hang Tuah
bara Hang Jebat
sekata Kasturi, Lekir dan Lekiu.

Kukuh itu puncanya setia
bara penghindar leka
sekata untuk mara.

Kalau datang Kerma Wijaya
membawa fitnah
datang Mendeliar
menghembur seranah,
Berbentenglah kau Tun Perak,
pada Tuah yang setia,
Jebat yang berbara,
Kasturi, Lekir, Lekiu yang sekata.




( Puisi Dato’ Prof. Dr. Hashim Yaacob. Saya teruja mendengar puisi beliau dalam majlis perjumpaan wartawan2 Melayu Kelantan baru-baru ini di Kota Bahru ).

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.