Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi atas perkara-perkara yang berlaku minggu lepas. Semuanya berjalan lancar seperti dirancang dengan teratur sekali. Agak sibuk jadual pada minggu lepas ini yang saya nak kongsikan pada pembaca sekalian. Bermula dengan nikah 1, makan, nikah lagi, makan, bergambar, makan dan lawatan gelangang dan makan lagi.
Kami bertolak pukul 930 . Majlis pernikahan anak perempuan bongsu Pak Raja Ali ( Guru Utama - Gayang Lima ), Raja Nur Azah Bte Raja Ali dengan pasanganya Anuar bin Mustafa Kamal.
Kami ikut jalan highway dalam dari Semabok ke Muar hingga ke batupahat. Saya memang dah lama tak ke rumah Pak Raja dan Cikgu boy pun dah lama tak ke Semerah. Lepas Bakri kita dah mula lalu banyak tempat dengan nama parit - parit sulong, parit lubok, parit simin macam2 lagi. Janji dengan Ayahanda dan cikgu Din Gondrong pukul 1130 pagi so drive agak laju juga. Sebab belum sarapan, kita cari tempat boleh rehat dan makan dulu. Akhirnya kita berhenti juga rehat di suatu tempat nama sarang buaya. Kebetulan bila duduk di situ namapak pula ada tugu kecil buaya di tepi kedai. Mungkin tempat ini ada sejarah buaya kot. Ingatkan nak makan roti canai tapi tak ada, cuma nasi campur dan mee rebus. Jadi apa lagi, mee rebuslah. Memang sedap betul mee rebus sarang buaya ni.
Tak sampai beberapa kilometer dah nampak signboard nama Semerah, pasar besar semerah. Rasanya macam dah sampai tapi sebab rombongan JB tak sampai lagi dan jauh lagi kita lajak terus ke pekan batu pahat. Bila tengok pada odometer tak lah jauh sangat dari semabok ke semerah lebih kurang 100km je. Kita pusing2 di pekan batupahat sementara menunggu ayahanda. Sebab takut lapar dan lambat lagi makan saya, cikgu Boy dan anak saya makan nasi pula. Macam biasa, saya cari assam pedas ikan pari dulu.
Nampak riak muka PAk Raja Ali gembira dan berseri bila namapak ayahanda Hj Hasyim datang. Lamtas terus dimintanya jadi saksi majlis nikah tersebut. Pengantin lelaki lafaz sekali sahaja untuk menjadikan beliau suami kepada Raja Nur Azah Bt Raja Ali.
Majlis bersurai jam 3pm dan terus hujan turun di masjid parit lubok. Nampaknya 2 kali nikah, 2 kali hujan rahmat turun memberkati majlis. Kami semua kemudian pergi ke rumah Pak Raja Ali untuk jamuan makan. Makan lagi......
Rombongan Pak RAja Ali hanya keluarganya dan kami sahaja. Itulah yang membezakan antara ayahanda Hj Hasyim dengan yang lain-lain tuutuut……(lu fikirlah sendiri), hubungan kekeluargaan yang terjalin antara mereka berdua dan keluarga Pak Raja Ali sungguh istimewa.
Selepas makan kami sempat bergambar dengan Pak Raja dan Mak Raja. Dah selesai, kami berangkat ke pekan batu pahat semula untuk makan satay perut. Yahoo…memang di tunggu-tunggu.
Kami di bawa oleh ayahanda ke restoran Jeng Kuan di pekan batu pahat. Istimewa menunya satay perut. Yang lain tu adalah mee, rojak, nasi ayam tapi tumpuan saya yang utama pada satay perut. Ini bukan perut babat tapi usus lembu. Syok….lembut, manis dan kuahnya pun sedap. Kena pergi lagi ni….
Jam 7 petang kami pulang ke Semabok balik, saing dengan cikgu Misai. Mereka stay di Bandar Melaka ( cuti sekolah ). Ayahanda dan Cikgu Din balik ke JB.
Kebetulan malam ni jam 930pm , cikgu Boy ada kelas di gelanggang beliau di Semabok. Jadi Saya dan Cikgu Din Misai pun dating melawat dan berkenalan dengan ahli-ahli LP Semabok. Memang budak2 Melaka best, friendly dan sporting. Malam tu Cikgu Din ada beri kata2 semangat dan tunjuk ajar sedikit.
Saya juga tak lepaskan peluang beri satu-dua buah tangan pada mereka. Tak tahan lah…..mula-mula nak tengok tapi gian pulak nak bermain. Bila Cikgu Boy suruh mereka tanya, mereka tak nak pulak tanya ( mungkin segan kot ) jadi kita pun meng-offer-kan diri......hahaha. Cikgu Boy berjaya mengadakan gelanggangnya sendiri, ada muridnya sendiri dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan lagi gelanggang beliau dan menaikkan nama LIAN PADUKAN.
Tahniah untuk Cikgu Boy.
Akhir kata saya ucapkan terimakasih pada Ayahanda guru Hj Hasyim dan Cikgu Ain kerana beri kami peluang untuk bersama-sama beliau menghadiri majlis pernikahan anak Pak Raja. Majlis nikah ini lebih penting dan besar ertinya untuk Pak Raja Ali berbanding majlis kendurinya, Ahad. ( untuk mereka-mereka yang faham sahaja. Dekat tak semesti rapat, dekat tak semesti dapat .
Terimakasih untuk Cikgu Misai and family, Cikgu Din gondrong and family, dan Cikgu Boy dan Harith.
“ We have fun, happy and enjoyable day in Batu Pahat….”
Jemput melawat kami di http://sirnoordin.blogspot.com dan www.smartscoach.com dimana kami juga mempromosi Lian Padukan.
ReplyDelete