27 Febuari 2010, 13 RAbiulawal 1431
Alhamdulillah Syukur, Selesai sudah Kursus LIAN SINGKIR - TAPAK 100 yang telah diadakan di studio Lian Padukan Martial Arts Academy (LPMAA). Memang seronok, gembira dan rata-rata semua peserta dan ayahanda guru utama juga turut merasakan satu atmosphera yang luarbiasa.
Kami bangga dan bersyukur kehadrat Allah s.w.t. kerana ini adalah perjumpaan dan perkumpulan cikgu-cikgu Lian Padukan ( cikgu-cikgu berbaju putik - "The Khatam People" ) dari beberapa negeri. Ini semua atas daya usaha dari "team" yang baru menerajui LPMAA bersama Ayahanda Guru Hj Mohammed Hasyim sejak tahun 2008. Team yang baru ini dapat kumpulkan semua cikgu-cikgu lama bersatu kembali. Walaupun ribut taufan , gegaran perut bumi, tsunami setinggi bukit melanda tetap LIAN PADUKAN TA' HILANG DI DUNIA.
GAYANG LIMA SENJATA LAPAN, LAWAN TETAP LAWAN
PAT PAT SIKU LIPAT, PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI
Sebenarnya dengan berlakunya cabaran-cabaran sebelum ini ada HIKMAH dan RAHMAT dari ALLAH s.w.t. , ianya hanya menguatkan lagi Lian Padukan, ia menyatupadukan Lian Padukan ia mengembangkan lagi Lian Padukan....Sekarang jalan sudah terbuka luas, terang dan sudah tidak terikat dan tertambat lagi...Roda sudah berputar ke atas...
LIAN PADUKAN IALAH HJ MOHAMMED HASYIM.
Seramai 19 orang cikgu telah menghadiri kursus ini yang diadakan setiap 2 tahun sekali. Ini adalah kursus Lian Tapak 100 siri ke-2.
12 orang cikgu adalah yang baru khatam tahun lepas 2009, dan yang lain adalah cikgu-cikgu senior yang turut serta bersama menjayakan kursus tersebut. Kursus ini juga telah menyatupadukan saudara (cikgu) se perkhataman saya yang telah lama menghilang, kini muncul kembali, Cikgu Raziman. Lagipun bukan selalu dapat berjumpa Ayahanda Guru Utama Hj Mohammed Hasyim Hj Salleh ini yang datang dari Johor Bahru. Jadi peluang kursus ini dijadikan peluang untuk melepaskan rindu dan di samping dapat memperbaiki dan memantapkan lagi permainan Lian Singkir ini.
Untuk makluman kursus Lian Singkir - Tapak 100 ini hanya di khususkan untuk cikgu-cikgu sahaja.
Dahulu permainan Lian Singkir ini dikenali atau mempunyai nama seperti Tikam Seladang atau Buah Seminggu atau Makam 7 atau pukulan 7 hari. Nama Tapak 100 adalah "trademark" nama yang di berikan oleh ayahanda guru Hj Mohammed Hasyim Hj Salleh untuk permainan Lian Singkir ini, kerana ia digayakan dalam 100 tapak. Ia adalah ciptaan yang terbaik dari Ayahanda Guru Hj Mohammed Hasyim Hj Salleh. ( In other words, He is the owner and the founder of the 100 Steps or Tapak 100 of Lian Padukan ).
Lian Singkir Tapak 100 ini adalah Lian yang terakhir dan tertinggi dalam Sialt Lian Padukan. Kata ayahanda guru, ini adalah lian yang tertinggi permainan nya. "It is the best Lian." Dan ayahanda guru sudah tunjukkan dalam kursus ini cara pakai dan applikasinya. Oleh itu rugilah mereka-mereka yang tidak dapat hadir. Hanya yang berhajat sahaja dapat....."Man Jadda Wa Jadda" - Siapa yang berhajat dia akan dapat!
Kalau nak mengajar mestilah ikut peringkat, takkan nak beri semua sekaligus ataupun hanya ajar yang terbaik sahaja pada ahli-ahli kita. Itupun tak boleh juga. Guna nya peringkat2 Lian adalah untuk memahirkan individu itu sendiri. Bila dah cekap dan mahir barulah kita ajarkan yang special. Tapi awal2 dah ajar yang Lian yang tertinggi pun tak guna juga. Tangan dan kaki nya akan kaku dan tak dapat faham pun.
Yang dah Khatam, kalau dah belajar tak semestinya faham dan dapat.
Yang tak Khatam, apatah lagi kalau cuba-cuba buat.....
Yang Mencuri,....nakkan dapat, berkat pun jauh sekali.
Memang boleh belajar melalui video atau you tube tapi setakat itu je lah...walauapa pun mestilah berguru....carilah guru-guru yang mursyid bukan....b%$-@&$^ Nak belajar tapi nak free, nak belajar tapi fitnah orang, nak belajar tapi dengki kat orang, nak belajar tapi khianat orang, nak belajar tapi buruk-burukan orang........????
Rombongan yang terbesar kali ini adalah dari Johor seramai 9 orang cikgu yang diketuai oleh Cikgu Din Gondrong selaku Pengerusi Lian Padukan Johor ( abang Long JB ). Meraka bertolak dengan 2 kereta pada malam sabtu jam 9 malam. Saya di fahamkan salah satu kereta telah rosak di lebuhraya ( 5km ke hentian seremban ). Nasib baik tak serius cuma peronda PLUS tarik kereta tersebut sampai ke seremban. Meraka sampai jam 3 pagi sabtu. Memang cabaran untuk mereka sampai ke sini.
Ayahanda guru pula isteri beliau ( cikgu juga )pun tidak sihat pada hari tersebut tapi semangat Cikgu Ain ini memang kuat, beliau tetap datang menyokong kursus ini. Sebelum bertolak juga, kereta ayahanda ada masalah enjine, tapi nasib baik dapat di atasai dengan segera dan dapat beliau sampai pada awal pagi Sabtu bersaing dengan cikgu-cikgu dari Johor.
Kursus di mulakan oleh pengerusi majlis Cikgu Giant dan diikuti dengan doa selamat dari Pengerusi Kuala Lumpur, Cikgu Din Misai ( abang Long KL ).
Sesi pagi di tumpukan mempelajari langkah Tapak 100. Alhamdulillah Cikgu-cikgu baru ni cepat pick-up untuk buat Lian. Masing-masing cuba menghafal dan kosentrasi langkah/ steps tapak100 ini.
Jam 2pm majlis berehat untuk makan tenghari. Jamuan di buat di rumah Cikgu Giant. Peserta dijamukan dengan asam pedas ikan duri dan lauk lemak ikan masin nenas.
Sesi petang disambung pula dengan applikasi buah dan penggunaan Lian Singkir ini. Cikgu-cikgu lama ( cikgu Boy, Cikgu Giant ) dijadikan sparing partner oleh ayahanda guru untuk memahamkan cikgu-cikgu baru. Kemudian masing-masing ambil rakan sendiri dan cuba buat latihan.
Bagi cikgu-cikgu senior kami banyak berbincnag dan bertanya dengan cikgu Din Gondrong. Kata ayahanda guru, cikgu Din Gondrong ini adalah murid beliau yang pertama khatam. Beliau juga ada banyak belajar denga cikgu2 buah pukul pada zaman beliau, akhirnya beliau khatam bersama Ayahanda guru Hj Hasyim. Cikgu Din umpama library @ kamus buah pukul. Banyak nama-nama buah keluar seperti beruk berayun, cepu, kipas senandung, kumai, lawi ayam, racik, sspring dendam dan lain-lain. Memang best bersama cikgu Din G.
Ayahanda guru utama pula menunjukkkan pertambahan pada Lian Singkir ini. Beliau sentiasa cuba menambah dan menambahbaik lagi Lian Singkir ini. Yang seronok, ayahanda telah menghadiahkan kami buah baru bernama " Buah Asmara ". Jangan ketawa..memang best buah ni. Banyak persoalan dan pertanyaan di ajukan pada ayahanda guru utama dan beliau dapat menjawab dan memahamkan kami lagi ( di campur dengan aplikasi...).
Majlis tamat jam 7 malam. Memandangkan semalam adalah Hari Maulidur Rasul, pihak tuan rumah ( cikgu Hisham ) telah mengadakan satu majlis doa selamat, tahlil dan yasin untuk arwah guru-guru dan studio Lian Padukan MArtial Arts Academy. Bulan Febuari ini genap setahun LPMAA beroperasi dalam studionya sendiri. Akhir kami telah sama-sama berselawatkeatas junjungan Rasullulah sempena Maulidur Rasul. Kami di hidangkan dengan beryani daging dan ayam mask merah. Makan malan di taja sebahagian oleh Saudara Johan dari gelanggang Kapar, Cikgu Azhar. Setelah selesai, kami telah mengadakan mini mesyuarat Lian Padukan Malaysia demi halatuju Lian Padukan pada tahun ini dan tahun2 akan datang. Kali ni mesyuarat ini melibatkan kehadiran dari semua negeri dan idea2 cikgu-cikgu baru.
Kesimpulannya, semua cikgu-cikgu telah berikan komitmen dan sokongan yang baik pada kursus Tapak100 ini. Semua terlibat puas dan gembira dengan kursus dan perjumpaan kali ini. InsyaAllah kita bertemu kembali.
Terimakasih kepada Cikgu Ain, Cikgu Din Misai, Cikgu Azhar- Kapar, Klang, Cikgu Wana, Cikgu Aimi - Terengganu, Cikgu Kamal -Muazam, Pahang, Cikgu Boy - Melaka kerana hadir dan menjayakan program ini.
0 comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.