Salam,
Cadangan untuk mengadakan satu -
" PERTANDINGAN SENI SILAT LIAN PADUKAN MALAYSIA " - PIALA AWANG DAIK.
Tempat : Dewan Kebajikan Gombak Setia
Masa : Bulan Disember 2010 ( akan di kemaskini )
Penyertaan : Terbuka kepada ahli-ahli Lian Padukan yang berdaftar
dengan LPMAA dan PSSLPM sahaja.
Kategori : Johan Gelanggang akan bawa pulang piala pusingan PIALA AWANG DAIK
Kategori - Lian individu / kumpulan cantik .
Kategori - Lian persembahan kefahaman buah yang mantap/ cantik.
Kategori - Lian individu kreatif
( terbuka untuk kanak2 dan dewasa. cikgu2 hanya untuk Lian Kreatif sahaja )
Saya minta pendapat dan cadangan dari cikgu2 gelanggang dan ahli2 untuk menjayakan untuk kali pertama secara "official" Pertandingan seumpama ini dalam Silat Lian Padukan. Idea ini memang telah lama disuarakan oleh guru utama dan saya berpendapat tahun 2010 adalah permulaan yang baik.
Saya berpendapat dengan adanya pertandingan ini ia akan membuatkan ahli-ahli untuk lihat ke hadapan ( looking forward and have vision )untuk mencapai sesuatu. Sekarang ada yang belajar LP untuk senaman ataupun minat buah pukul atau nak defend siri sendiri TAPI dengan adanya pertandingan ini mereka akan lebih lagi bersemangat dan lantas mereka akan gigih berlatih, rajin ke gelanggang dan memperkemaskan lagi Lian mereka. Secara langsung juga menggalakan lagi cikgu-cikgu baru yang lain untuk membuka gelanggang sendiri. Mesti best punye......
Sekarang ini Lian Padukan sedang berkembang mekar semula, kitaran roda sudah mula naik ke atas.....yang tersisih sudah kembali bersama, yang masih setia kekal meneruskan perjuangan dan yang bersemangat memperjuangkan Seni Silat Lian Padukan - Hj Mohammed Hasyim Hj Salleh ini adalah insyaAllah yang terbaik.
Mungkin ada yang sangsi, tapi sekurang-kurangnya kita mestilah buat juga, walaupun kecil dan sedikit. Langkah pertama memanglah sukar sedikit tapi kita kena lah laluinya juga. Kita belajar dari masa ke semasa. " EVERY JOURNEY STARTS WITH A SINGLE STEP "( Setiap perjalanan itu dimulai dengan langkah yang satu .
Harap emailkan cadangan saudara ke - lianpadukanacademy@gmail.com
Cikgu Hisham
0 comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.