Salam, Jumaat - 18 December 2009 / 1 Muharam
Seperti tahun-tahun yang sebelum ini, setiap kali datangnya bulan Muharam ini akan dilangsungkan upacara majlis adat melangir senjata. Dengan kata lain, adat melangir ini merujuk kepada penjagaan senjata.
Rombongan dari Kuala Lumpur melibatkan 2 kereta seraimai 7 orang - Saya, Cikgu Azhar, Cikgu Faizal, Zain, Azli, Mior, Ahmad. Cikgu-cikgu lain tak dapat hadir sekali kerana urusan kerja, majlis perkhawinan, perjumpaan keluarga, maklum lah cuti sekolah. Untuk ahli-ahli pulak untuk mereka yang berminat sahaja. Kami bertolak dalam pukul 10 pagi dari kelana jaya ( berkumpul ). Perjalanan di lebuhraya agak perlahan terutamanya selepas Nilai hingga ke Senawang. Banyak kenderaan di atas jalan dan tempat rehat R&R juga sesak dengan kenderaan berhenti. kami berhenti di Seremban untuk sarapan. Perjalanan di terukan hingga sampai di Johor Jaya, Plentong lebih kurang jam 2.30 petang
Majlis di mulakan dengan sembahyang magrib berjemaah dengan ayahanda guru Hj Hashim. Cikgu Dato' Azmi dari Pahang datang dengan 2 anak muridnya, Cikgu Din Gondrong bersama family dan cikgu-cikgu Lp yang baru khatam tahun ni. Kemudian disusuli dengan bacaan surah yasin dan tahlil untuk arwah guru-guru. Semua yang hadir di jamu selepas itu. Cikgu Azmi telah menghadiahkan tikar2 baru untuk majlis ini.
Pada masa yang sama, pedang adat Lian Padukan, pedang2, sundang, parang, tombak, keris-keris, tekpi dan kerambit di keluarkan untuk memulakan upcara melangir. Pedang Adat Lian Padukan di basuh dahulu diikuti dengan pedang, keris2 dan tekpi lama, dan diikuti dengan senjata yang lain. Senjata2 direndam dahulu dalam air dan digosok. Selepas itu ia dikeringkan pula dengan melalukan senjata pada bara keminyan yang telah di hidupkan terlebih dahulu. Proses yang di lakukan satu persatu. Semau cikgu2 berpeluang untuk sama2 terlibat dalam melangirkan senjata ini. Masa yang ada selepas mengeringkan senjata, ada ahli-ahli yang minta ayahanda guru untuk mandi limau. Satu persatu mereka di mandikan.
Majlis kali ini juga istimewa kerana ada 2 ahli baru khatam ( saudara Mior dan Ahmad ). Mereka ini adalah murid kepada Cikgu Azhar dari gelanggang Kelang. Tahniah saya ucapkan pada Cikgu Azhar atas kejayaan beliau. Cikgu Azhar diberikan perhormatan oleh ayahanda guru Hj Hashim untuk melangir anak muridnya sendiri. Di sebabbkan adat melangir ini berjalan sepanjang malam, makanan juga berjalan juga ( habis ). Isteri cikgu Din Gondrong, Kak Jun turut sama membantu Kak Pi ( isteri ayahanda ) mengoreng mee ( kali kedua ) untuk mereka-mereka ( terlibat melangir pedang ) yang belum sempat makan.
Majlis berakhir lewat, hampir menjelang waktu subuh. Kami berangkat pulang pada esoknya, Sabtu selepas makan tengahari bersama ayahanda.